Ikuti Kami:

Viral Di Sosial Media, TREASURE Akan Lancar Muzik Video Untuk Lagu ‘DARARI’

Viral Di Sosial Media, TREASURE Akan Lancar Muzik Video Untuk Lagu ‘DARARI’

Meskipun sudah lebih sebulan dikeluarkan, “DARARI” salah satu lagu dalam album baharu TREASURE masih tetap bermain di sosial media.

Lagu yang digubah dan ditulis oleh ahli TREASURE Bang Ye-dam iaitu “DARARI” telah mendapat sambutan hebat dari bukan sahaja peminat, malah seluruh pengguna sosial media. Dengan adanya cabaran tarian di TikTok dengan hashtag #dararichallenge, lagu ini terus menerima cinta yang meluas dari semua orang.

treasure jikjin

Setelah mencipta pelbagai rekod baharu di platform muzik, pada 23 Mac, YG Entertainment mengesahkan rancangan TREASURE untuk melancarkan promosi susulan penuh untuk lagu “DARARI”, iaitu lagu B-side dari album mini pertama TREASURE “The Second Step: Chapter One”.

Selepas berjaya menamatkan promosi kemunculan semula untuk lagu tajuk mereka “JIKJIN”, TREASURE akan kembali dengan promosi susulan untuk “DARARI” pada pertengahan April. Bukan itu sahaja, kumpulan itu juga merancang untuk mempamerkan koreografi serba baharu untuk lagu itu, bersama dengan muzik video. Menurut YG, TREASURE akan memulakan penggambaran untuk muzik video “DARARI” tidak lama lagi.

darari challenge

Sementara itu, #dararichallenge telah mengumpul lebih 700 juta tontonan di TikTok.

Nantikan keluaran muzik video TREASURE untuk lagu “DARARI”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...