Sekarang ni kalau korang main TikTok, mesti akan dengar lagu “DARARI” oleh TREASURE kan?
Pada bulan lepas, TREASURE telah membuat kemunculan semula dengan mini album pertama, dengan judul lagu “Jikjin” serta 5 lagu B-Side lain yang menarik. Kali ini, tuah TREASURE nampaknya terletak di lagu B-Side mereka iaitu “DARARI”.
Berkat cabaran tarian yang sangat ringkas dan comel, lagu ini telah menjadi sangat viral di TikTok. Hashtag ‘#dararichallenge’ telah mencapai lebih 500 juta tontonan dan menarik ramai bintang terkenal untuk turut mengambil bahagian dalam tarian ini. Antaranya, Jeon So-mi, Sandara Park dan selebriti Malaysia seperti Alvin Chong, Uyaina Arshad dan ramai lagi.
Bukan itu sahaja, lagu ini juga telah berjaya mencipta pelbagai rekod menakjubkan di platform muzik. Antaranya, “DARARI” telah mencecah lebih 12 ribu sukaan di Melon, melepasi “Jikjin” dengan 10 ribu sukaan. Malahan, lagu itu juga telah memasuki carta Top 100 Spotify Global buat kali pertama dengan strim sebanyak 984K. Ia merupakan lagu TREASURE yang paling banyak distrim setakat ini.
https://www.tiktok.com/@yg_treasure_tiktok/video/7070112972688903425?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6955835897679283714
Comel kan lagu ni? Korang dah join belum cabaran tarian lagu ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.