Ikuti Kami:

TREASURE Cipta Rekod Peribadi Baharu Bagi Jualan Album ‘The Second Step: Chapter One’

TREASURE Cipta Rekod Peribadi Baharu Bagi Jualan Album ‘The Second Step: Chapter One’

TREASURE telah mencipta rekod yang mengagumkan di Hanteo dengan album terbaru mereka!

Pada 15 Februari, TREASURE telah kembali dengan mini album pertama mereka “The Second Step: Chapter One”, dengan judul lagu “Jikjin”. Kiraan jualan terakhir hari pertama untuk album tersebut, telah berjaya mengumpul lebih 167,000 salinan di Hanteo.

Apa yang lebih mengagumkan, jualan bagi album tersebut telah berjaya melepasi jualan album mereka sebelum ini “The First Step: Chapter One”, yang terjual lebih 120,000 salinan pada hari pertamanya. Ini bermakna, TREASURE telah berjaya mencipta rekod peribadi baharu, bagi jualan album pada hari pertama.

Tambahan, TREASURE kini telah menjual lebih 1 juta salinan album secara keseluruhan di Hanteo.

Tahniah TREASURE! Jom dengar lagu baharu mereka di atas.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...