(VIDEO) Reaksi Kelakar Jung Yonghwa & Lee Sangyoon Di Majlis Perkahwinan Jang Nara Jadi Perhatian
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Sekian lama menanti, akhirnya pelakon Jang Na-ra menamatkan zaman bujangnya kelmarin.
Berlangsung di Naegok-dong, Seoul, pelakon wanita itu berkahwin dengan seorang pakar sinematografi yang 6 tahun lebih muda darinya. Dihoskan oleh Park Kyung-rim, Lee Soo-young dan Jung Yong-hwa CNBLUE menggalas tugas sebagai penyanyi undangan.
Meskipun berjalan secara tertutup, rata-rata tetamu telah berkongsi hari bahagia itu menerusi akaun media sosial masing-masing.

Bagi memeriahkan suasana, hos Park Kyung-lim telah meminta rakan pelakon lelaki Jang Na-ra iaitu Lee Sang-yoon (“VIP”) dan Jung Yong-hwa (“Sell Your Haunted House”) untuk mengucapkan selamat tinggal buat wanita itu.
Jerit Lee Sang-yoon,
Selamat tinggal! Bergembiralah dan hidup dengan baik.
SBS drama VIP co-star #LeeSangYoon is present at Jang Nara’s wedding today 🤍#장나라 #JangNara pic.twitter.com/KxcyT6xMMi
— ً (@jnarassi) June 26, 2022
Laung Jung Yong-hwa pula,
Selamat tinggal kakak!
Jang Na-ra yang terdengar laungan mereka itu turut tersenyum lantas membuatkan suasana majlis itu lebih menyeronokkan.

Antara tetamu lain yang menghadiri perkahwinan itu ialah Lee Chung-ah, Kwak Sun-young, Shin Jae-ha, Lee Jin-hee serta Kang Mal-geum.
Alahai seronoknya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




