Hari yang dinantikan telah tiba, Jang Na-ra sudah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki 6 tahun lebih muda pada petang tadi.
Selepas membuat pengumuman mengenai perkahwinan ini pada bulan lalu, ramai yang menantikan hari bermakna berkenaan meskipun pelakon tersebut memilih untuk merahsiakan tarikhnya.
Menerusi entri yang dimuat naik oleh rakan pelakon, Lee Chung-ah, dapat dilihat bahawa Jang Na-ra tersenyum gembira di majlis penyatuan hatinya itu.
Saya sayang awak, si kecil malaikat.
Dalam pada itu, ramai lagi yang menghadiri majlis ini iaitu Lee Sang-yoon, Jung Yong-hwa, Lee Soo-young, Park In-hwan dan ramai lagi.
Untuk pengetahuan, Jang Na-ra berkahwin dengan seorang lelaki dalam industri di mana mereka berkenalan di set penggambaran “VIP” pada tahun 2019.
Tahniah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.