Selain melodi dan lirik, muzik video (MV) sesuatu lagu juga memainkan peranan penting untuk menarik pendengar.
Tahukah korang, ada beberapa lagu K-Pop yang membelanjakan kos sehinggi jutaan ringgit untuk menghasilkan sebuah muzik video?
Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 muzik Video K-Pop yang mengeluarkan kos yang mahal.
Fake Love BTS
Kumpulan BTS tidak pernah mengecewakan para ARMY dengan lagu yang sangat catchy. Lagu ‘Fake Love’ dikeluarkan pada tahun 2018 dan muzik videonya telah mencecah sebanyak 1.2 billion jumlah tontonan sehingga 2023.
Video ini menampilkan arca gergasi, bola api, dinding runtuh, dan ratusan palang Snickers, dan kesan khas yang lain. Kos pengeluaran untuk menghasilkan MV ‘One Shot’ ini dianggarkan mencecah RM42,560,70, menjadikannya antara muzik video termahal.
One Shot B.A.P
Video muzik B.A.P untuk ‘One Shot’ ialah salah satu video muzik K-Pop paling mahal yang pernah dibuat, dengan kos pengeluaran yang dilaporkan sebanyak RM35,252,68. Video yang dikeluarkan pada 2013 itu menampilkan jalan cerita yang dramatik dengan bot, kapal terbang, rompakan bersenjata dan peperangan berkumpulan serta adegan aksi sengit yang menjadikannya lebih seperti sebuah filem pendek daripada video muzik. Sehingga 2023, muzik video ‘One Shot’ peroleh 40 juta jumlah tontonan.
Devil Super Junior
Super Junior merupakan antara kumpulan generasi kedua yang paling popular pada ketika itu. ‘Devil’ muzik video daripada Super Junior adalah karya visual penuh aksi yang pasti menarik perhatian mana-mana peminat K-Pop. Dengan anggaran kos pengeluaran hampir RM140,325, ia merupakan salah satu muzik video K-Pop yang lebih mahal.
Video yang dikeluarkan pada 2015 itu mengambil inspirasi daripada filem klasik dan menampilkan pelbagai adegan menarik. Seperti aksi motosikal berkelajuan tinggi, perlumbaan kereta, perjudian dan rutin tarian jalanan yang diilhamkan oleh West Side Story. Video itu juga dipenuhi dengan api dan letupan, menjadikannya sangat menarik untuk ditonton.
Love Song Big Bang
Sama seperti kumpulan Super Junior, Big Bang juga merupakan kumpulan yang sangat popular semasa zamannya. Muzik video Big Bang untuk ‘Love Song’ ialah produksi visual yang ringkas namun kompleks dari segi teknikal yang mempamerkan gaya dan karisma yang terkenal kumpulan itu.
Video yang dikeluarkan pada tahun 2011 itu menampilkan ahli Big Bang membuat persembahan di landasan. Walaupun ia kelihatan mudah, proses pengeluaran sebenarnya agak menyulitkan. YG Entertainment membina landasan khusus untuk video muzik dengan anggaran kos RM935,400.
MAMA EXO
‘MAMA’ yang dinyanyikan oleh kumpulan EXO dikeluarkan pada 2012 itu menampilkan konsep bertemakan angkasa lepas yang dihidupkan melalui set terperinci dan kesan khas. Dengan anggaran kos RM126,279 dan merupakan salah satu video muzik K-Pop dengan kos yang agak mahal.
Lagu itu sendiri sangat menarik dan ceria, tersedia dalam bahasa Korea dan Mandarin. Ia juga merupakan single sulung EXO. Lagu ini dikeluarkan secara digital oleh SM Entertainment pada April 2012 dan menjadi popular seterusnya, mengukuhkan lagi status EXO sebagai salah satu kumpulan K-Pop teratas di dunia.
Menarik!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.