Ikuti Kami:

Demi Hasil Menakjubkan, 4 K-Drama Ini Menelan Kos Jutaan Ringgit

Demi Hasil Menakjubkan, 4 K-Drama Ini Menelan Kos Jutaan Ringgit

K-Drama bukan sahaja ditonton oleh orang Korea, malah diseluruh dunia turut ada peminat setia cerita Korea.

Namun tidak semua tahu untuk menghasilkan sesuatu drama yang hebat bukan sahaja perlu bantuan dari pelakon, tetapi kos juga memainkan peranan.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 4 K-Drama yang mengeluarkan kos produksi yang tinggi.

Sweet Home

Siri Korea di Netflix, “Sweet Home” berdasarkan webtoon telah membelanjakan sebahagian besar bajetnya untuk kesan khas dan CGI raksasa. Ia menelan belanja yang dianggarkan RM105,835,52 pada setiap episod. Siri ini juga diarahkan oleh pengarah popular Lee Eung-bok yang turut menghasilkan K-Drama popular yang lain seperti “Descendents Of The Sun”, “Goblin” dan “Mr. Sunshine”.

Mr. Sunshine

Diarahkan oleh pengarah yang sama dengan “Sweet Home”, “Mr. Sunshine” membelanjakan sebanyak RM529,179 pada setiap episod. Jumlah tayangan untuk drama ini adalah sebanyak 24 episod dan dianggarkan sekitar RM141,122,485 untuk keseluruhan siri. Kebanyakan kos pengeluaran dibelanjakan untuk mencipta semula elemen sejarah, reka bentuk set, kesan khas beberapa lokasi bersejarah dan sudah tentu bayaran untuk pelakon yang sangat berbakat.

Lee Byung-hun yang menjadi pelakon utama drama dan pernah muncul dalam beberapa filem Hollywood dikhabarkan telah dibayar 150 juta won setiap episod. Nampaknya bajet yang mahal itu membuahkan hasil apabila drama itu mendapat pujian ramai kerana lakonan, sinematografi dan penceritaan hebat ketika masa lalu Korea Selatan.

Legend Of The Blue Sea 

Jika lihat pada barisan pelakon, sudah semestinya drama ini akan mengeluarkan sejumlah wang yang banyak. Tidak menghairankan bahawa sebahagian daripada kos pengeluaran akan dibayar kepada pelakon kerana watak yang dibawa sangat susah.

Contohnya, kesan khas ikan duyung serta penggambaran luar negara di Sepanyol dan Palau menelan kos yang tinggi.

Ini juga merupakan drama terakhir Lee Min-ho sebelum menyertai latihan ketenteraan. Tambahan Lee Min-ho dan Jun Ji-hyun merupakan antara bintang Korea Selatan yang mendapat bayaran tertinggi.

Arthdal ​​Chronicles

“Arthdal ​​Chronicles” ialah drama Korea fantasi bersejarah yang pertama dan kos pengeluarannya agak tinggi. Kos pengeluaran “Arthdal ​​Chronicles” mahal kerana kesan khas, pakaian dan reka bentuk set yang sangat mengagumkan. Drama Korea itu dibintangi oleh pelakon hebat seperti Song Joong-ki, Kim Ji-won Jang Dong-gun.

Penggambaran juga sebahagiannya dilakukan di Brunei manakala set dibina khusus untuk drama ini di Osan, Wilayah Gyeonggi. Dianggarkan bahawa setiap episod “Arthdal ​​Chronicles” menelan belanja kira-kira RM105,763,43.

Tengok pun dah tahu mahal drama ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...