Belum memulakan tayangan, drama “I’m Not A Hero” telah terpalit dengan kontroversi.
Baru-baru ini, seorang netizen telah membuat satu hantaran bertajuk ‘Tindakan tidak berperikemanusiaan pasukan penggambaran drama’, di laman komuniti dalam talian.
Khususnya dalam hantaran itu, netizen tersebut menjelaskan bahawa pasukan drama “I’m Not A Hero” telah menghalangnya bersama isterinya yang mengalami pendaraan hamil untuk memasuki bangunan utama hospital, dek penggambaran yang sedang dijalankan.
Tulisnya,
Ada dua laluan, satu penuh dengan pemantau dan kakitangan penggambaran, serta satu lagi terhalang sehingga kami tidak dapat lalu. Kami perlu melaluinya cepat tetapi kakitangan menghalang jalan dan memberitahu kami untuk berjalan dengan senyap tanpa berlari.
Sehubungan itu, pihak produksi drama memohon maaf dan menjelaskan,
Kami memohon maaf atas kesulitan yang kami timbulkan kepada orang. Kami akan memberi lebih perhatian untuk tidak menimbulkan ketidakselesaan semasa penggambaran.
Haihh..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.