Mungkinkah Jang Ki-yong dan Chun Woo-hee akan bertemu dalam drama baru nanti?
Menerusi laporan media Korea, kedua-dua mereka dilaporkan akan menerajui drama “I’m Not A Hero” dan ini merupakan drama pertama Jang Ki-yong selepas selesai perkhidmatan tentera.
Jang Ki-yong dikhabarkan akan membawa watak Joo Hee-kyung yang kehilangan kuasa psikik kerana penyakit manusia moden. Manakala Chun Woo-hee pula melakonkan watak Do Da-hae iaitu seorang wanita yang tidak berputus asa dengan kehidupan selepas diselamatkan dari satu insiden kebakaran.
Respon agensi Chun Woo-hee mengenai laporan ini,
Memang benar dia akan muncul dalam ‘I’m Not A Hero’ dan penggambaran pertama ialah pada bulan Ogos.
Penggambaran “I’m Not A Hero” akan bermula pada bulan hadapan dan mereka sedang berbincang mengenai susunannya.
Sama-sama kita nantikan.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉