Siapa sangka, selain berbakat dalam lakonan, pelakon Lee Jong-suk dan Shin Jae-ha juga mempunyai kebolehan untuk menari.
Terbaru pada 15 April, Lee Jong-suk telah mengadakan acara perjumpaan peminat di Manila, Filipina dengan menjemput rakan pelakon Shin Jae-ha sebagai tetamu.
Khususnya, Lee Jong-suk dan Shin Jae-ha dilihat menari lagu “Hype Boy” dan “Dynamite” bagi menghiburkan peminat, menarik perhatian orang ramai dengan kemahiran mereka dalam tarian.
Dynamite and Hype Boy!!! 😍#LeeJongSukInManila #LeeJongSuk#ShinJaeHa pic.twitter.com/WwFYEaFd6T
— Miming (@kathrynestioko) April 16, 2023
Kagum melihat kerja keras mereka untuk cuba menari, netizen yang melihat video itu telah meninggalkan komen seperti,
Mengapa Lee Jong-suk dan Shin Jae-ha begitu pandai menari?
Kedua-duanya comel.
Pada asalnya Lee Jong-suk tak boleh menari, tetapi kemahiran menari dia terus meningkat.
Untuk pengetahuan, Lee Jong-suk dan Shin Jae-ha mula rapat apabila muncul bersama dalam drama “While You Were Sleeping, “Pinocchio” dan “The Hymn of Death”.
Comel je dorang!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉