Ikuti Kami:

“Tiada Masa Nak Tidur..” – Berturut-Turut Muncul Dalam Drama Popular, Shin Jaeha Akui Penat

“Tiada Masa Nak Tidur..” – Berturut-Turut Muncul Dalam Drama Popular, Shin Jaeha Akui Penat

Bagi siapa yang menonton “Crash Course in Romance” dan “Taxi Driver 2” pastinya kenal dengan pelakon yang sedang meningkat naik kini iaitu Shin Jae-ha.

Terbaru, Shin Jae-ha telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Esquire Korea.

Ketika sesi temu bual, pelakon lelaki itu bercakap tentang kejayaan besar “Crash Course in Romance” dan watak misterinya sebagai Ji Dong-hee,

Watak saya adalah seorang yang mempunyai titik perubahan besar dalam rancangan itu. Rahsia itu terbongkar dalam episod 12 dan saya mendapat mesej dari ramai rakan dan keluarga saya, yang lebih banyak saya terima dari hari lahir saya. Pada masa itu, saya menyedari betapa popularnya drama itu.

Selepas “Crash Course in Romance”, Shin Jae-ha turut menemui penonton dalam musim kedua “Taxi Driver dengan wataknya sebagai On Ha-joon yang juga mempunyai ‘plot twist’ pada drama tersebut. Mengenai ini, pelakon itu berkata,

Ia seperti dalam ‘Crash Course in Romance’ juga tetapi On Ha-joon adalah watak lain yang mempunyai kelainan yang besar. Bergantung pada cara anda melihatnya, dia kelihatan lebih seperti penjahat sebenar. Jika anda memberi tumpuan kepada dualiti watak dan kesakitan yang tersembunyi di dalamnya, drama ini akan menjadi lebih menarik.

shin jaeha

Untuk pengetahuan, Shin Jae-ha sebenarnya menjalani penggambaran untuk “Crash Course in Romance” dan “Taxi Driver 2” pada masa yang sama. Dia akui,

Ia meletihkan secara fizikal. Tetapi apabila mengimbas kembali, saya fikir kerana terlalu sibuk sebenarnya membuahkan hasil yang lebih baik. Kerana jadual saya yang padat, saya tak sempat tidur. Jadi, saya hanya masuk dengan intipati watak dan cerita.

Rezeki Shin Jae-ha dapat muncul dalam banyak drama popular.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...