Ikuti Kami:

“Saya Ada Matlamat” – Shin Jaeha Dedah Ingin Jadi Pelakon Seperti Jeon Doyeon & Jung Kyungho

“Saya Ada Matlamat” – Shin Jaeha Dedah Ingin Jadi Pelakon Seperti Jeon Doyeon & Jung Kyungho

Nampaknya, populariti Shin Jae-ha makin meningkat naik sejak akhir-akhir ini.

BACA: Baru Keluar Tentera, Shin Jaeha Sertai Drama ‘Taxi Driver 2’ & ‘One Hit Scandal’

Baru-baru ini, salah seorang pelakon dari drama “Taxi Driver” dan “Crash Course in Romance” iaitu Shin Jae-ha telah ditemu bual oleh sebuah majalah Korea bernama “Allure”.

Dalam temu bual itu, pelakon tersebut telah berkongsi perasaannya selepas melihat Jeon Do-yeon dan Jung Kyung-ho berlakon dalam drama “Crash Course in Romance”.

Selepas menonton pelakon senior Jeon Do-yeon dan Jung Kyung-ho berlakon di set penggambaran drama ‘Crash Course in Romance’, saya telah menetapkan matlamat untuk diri saya sendiri. Apabila saya mencapai usia seperti mereka dan boleh berlakon sebaik mereka, saya akan menganggap diri saya seorang pelakon yang berjaya.

shin jaeha

Selepas meluahkan perasaannya ingin menjadi seperti Jeon Do-yeon dan Jung Kyung-ho, Shin Jae-ha turut berkata dia sangat gembira kerana mempunyai matlamat seperti itu.

Saya sangat gembira hari ini kerana saya mempunyai matlamat yang kukuh untuk tahun 2023.

shin jaeha

Tambahnya lagi, dia juga perlu kekalkan positif dalam dirinya sendiri.

Saya mahu mengekalkan tenaga positif ini dan terus bekerja dengan gembira tanpa kerisauan. Saya sebenarnya mengambil masa 10 tahun untuk sampai ke tahap ini sebagai seorang artis.

Fighting, Shin Jae-ha!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...