Berita gembira buat semua peminat yang menantikan 2NE1!
Pada 16 April, CL telah membuat persembahan di festival muzik Coachella sebagai sebahagian daripada artis 88 rising “Heads In The Clouds Forever”. Walau bagaimanapun, memang tidak dijangka apabila CL disertai di atas pentas oleh rakan kumpulan 2NE1nya Park Bom, Sandara Park dan Minzy, yang mengejutkan seluruh penonton yang hadir dengan lagu ikonik mereka “I Am The Best”!
Sejurus selepas video persembahan ‘reunion’ mereka dimuat naik di media sosial, peminat seluruh dunia nampaknya amat gembira dan teruja dapat melihat kumpulan kegemeran mereka kembali bersatu, selepas hampir 7 tahun.
https://twitter.com/infodrakor_id/status/1515537795753730057
Akhirnya! 2NE1 masih tetap hebat macam dulu.