Ikuti Kami:

Raikan Keluaran Single Baru Park Bom, Peminat Seronok Lihat 2NE1 Luang Waktu Bersama

Raikan Keluaran Single Baru Park Bom, Peminat Seronok Lihat 2NE1 Luang Waktu Bersama

2NE1 sekali lagi memaparkan hubungan mereka yang masih kekal akrab.

Sebelum ini, CL, Dara dan Minzy telah berkongsi foto mereka bertiga sedang meluangkan waktu bersama. Walaupun Park Bom tidak bersama mereka, dia masih di‘tag’ pada foto yang dimuat naik, membuktikan persahabatan erat.

Terbaru pada 15 Mac, Park Bom telah memuat naik satu video di Instagram miliknya, bermula dengan menunjukkan dirinya kemudian memusingkan kamera untuk menunjukkan 3 ahli yang lain. Ahli-ahli melihat ke kamera, dan semuanya menyapa peminat dengan ceria.

Sepertinya, 2NE1 telah menghabiskan masa dengan makan bersama di dalam bilik peribadi di sebuah restoran, bagi menyambut ulang tahun dan kemunculan semula Park Bom dengan lagu “Flower” menampilkan MeloMance.

Sejurus selepas foto dengan kesemua empat ahli 2NE1 dimuat naik, peminat nampaknya tidak dapat menyembunyikan rasa seronok dan rindu pada kumpulan itu, serta berharap agar mereka akan kembali dengan muzik baharu pada masa hadapan.

Dengarkan single baharu Park Bom “Flower” di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...