Ikuti Kami:

“What’s Up We 2NE1!” – Muat Naik Foto Bersama, Ramai Peminat Rindukan 2NE1

“What’s Up We 2NE1!” – Muat Naik Foto Bersama, Ramai Peminat Rindukan 2NE1

Meskipun sudah lebih 5 tahun 2NE1 dibubarkan, hubungan antara kesemua 4 ahli nampaknya masih akrab.

Terbaru, tiga ahli dari 2NE1 iaitu CL, Dara dan Minzy masing-masing telah memuat naik foto mereka bertiga bersama di Instagram. Ketiga-tiga ahli nampaknya sedang menghabiskan masa yang menyeronokkan dengan satu sama lain dan memberikan kemas kini kepada peminat mereka.

CL telah memuat naik gambar tersebut dengan kapsyen yang merupakan ucapan pengenalan 2NE1,

What’s up we

Peminat gembira melihat tiga ahli dari kumpulan gadis lagenda itu masih mengekalkan persahabatan mereka dan bertemu untuk meluangkan masa bersama. Antara komen yang ditulis di entri mereka:

Saya sangat rindukan 2NE1!

Akan sentiasa menjadi kumpulan gadis yang terbaik.

Legend!

Rindu kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...