Semakin ramai penyanyi idola K-Pop yang cuba untuk bersuara mengenai isu yang terjadi di Palestin.
Terbaru, DK SEVENTEEN telah mengadakan siaran langsung di Weverse, di mana, salah seorang peminat telah meninggalkan komen mengenai kejadian yang sedang berlaku di Palestin.
Komen peminat tersebut,
Do-kyeom, awak tahu tak yang sekarang rakyat Palestin sedang berada dalam keadaan yang bahaya? Sila angkat tangan awak jika awak tak dibenarkan bercakap mengenai Palestin.
Sejurus selepas komen itu dihantar, ahli SEVENTEEN itu langsung mengangkat tangannya, sekaligus mengakui bahawa HYBE tidak membenarkan artis-artisnya untuk bersuara mengenai isu yang sedang terjadi di Palestin.
Malah, ianya jadi semakin meyakinkan selepas peminat mendapati bahawa video di mana ahli SEVENTEEN itu mengangkat tangan mengenai isu di Palestin telah disunting dan dibuang dari video siaran semula.
So apparently:))) hybe is deleting every single video of dk where he raises his hand in support for Palestine :)))))))) pic.twitter.com/aMyn8bn1Qe
— 라니 🇵🇸🍉 (@choisngcheolie) June 2, 2024
Ramai yang merasakan bahawa bahagian itu disunting, dan artis di bawah HYBE tidak dibenarkan bercakap mengenai Palestin disebabkan oleh hubungan syarikat itu bersama penyokong-penyokong besar Israel seperti Scooter Braun.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.