Starbucks telah mengumumkan kolaborasi mereka bersama NCT, menyebabkan kumpulan itu telah dikritik oleh ramai peminat.
Di tengah-tengah kontroversi kerjasama kumpulan itu dengan Starbucks, netizen terkejut selepas beberapa orang ahli NCT telah memuat naik hantaran yang seakan menyuruh peminat untuk kekal memboikot jenama tersebut.
Ianya bermula selepas Tae-yong memuat naik satu hantaran dengan perkataan ‘boikot’ di Instagram miliknya. Selepas Tae-yong, ahli NCT yang lain seperti Renjun dan WinWin juga turut memuat naik perkara yang sama.
Di mana, Renjun telah membuat hantaran emoji kopi dan tanda pangkah dengan ayat ‘peace’, manakala, WinWin pula telah menghantar gambar dengan kapsyen emoji tembikai (yang mewakili Palestin) di media sosialnya.
i know taeyong and renjun already deleted their instagram stories but this actually mean that they KNOW about the ⭐️bucks boycott. a very big respect to them for speaking up, hoping the other members will follow the same steps. please don’t stop calling them out. pic.twitter.com/Vz8ydRH6cJ
— ❤︎ (@jaeminners) May 31, 2024
Meskipun hantaran-hantaran itu kemudiannya telah dipadam, ianya telah menguatkan lagi spekulasi yang menyatakan bahawa ahli NCT tidak bersetuju dengan keputusan syarikat mereka untuk berkolaborasi dengan jenama yang diboikot.
Tindakan Tae-yong, Renjun dan WinWin yang berani untuk bersuara itu juga telah dipuji oleh peminat serta netizen di media sosial.
Terbaiklah NCT!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.