Ikuti Kami:

(VIDEO) ‘Again My Life’ Lepasi Rating 10%, Lee Junki Beri Hadiah Video Tarian Lagu ‘That That’

(VIDEO) ‘Again My Life’ Lepasi Rating 10%, Lee Junki Beri Hadiah Video Tarian Lagu ‘That That’

Lee Jun-ki telah membuktikan dirinya sebagai seorang yang serba boleh, dengan kemahirannya dalam lakonan dan juga tarian.

Bagi yang belum tahu, Lee Jun-ki sebelum ini telah berjanji bahawa jika dramanya “Again My Life” berjaya melepasi rating 10%, dia akan mengeluarkan video cover tarian. Dengan episod terbaharu drama tersebut telah berjaya melepasi rating 10.1%, pelakon itu telah menggembirakan peminat dengan entri terbarunya.

Pada 26 Mei, Lee Jun-ki telah mengotakan janjinya buat peminat dengan memuat naik video tariannya untuk lagu terbaharu Psy “That That”, menarik perhatian ramai dengan kemahiran tariannya.

Dalam video yang dimuat naik, Lee Jun-ki turut menulis mesej buat peminat,

Saya telah menepati janji saya lewat. Saya sebenarnya sepatutnya melakukan ini beberapa minggu yang lalu, tetapi saya menangguhkannya menggunakan alasan sibuk…saya minta maaf kerana tidak dapat membalas kasih sayang dan sokongan anda. Namun begitu, terima kasih banyak-banyak. Tolong hiasi cerita terakhir Pendakwa Kim Hee-woo (nama watak Lee Jun-ki) bersama saya, sehingga siaran terakhir minggu ini.

Saya sedang memikirkan tentang apa yang perlu dilakukan untuk menjaga ikrar saya. Selain itu, kerana sudah lama saya tidak ke studio tarian, saya memutuskan untuk melakukan lagu Psy ‘That That’ yang telah diminta oleh ramai daripada anda. Saya menari sejurus selepas menonton muzik video, jadi jangan harap ia sempurna.

Fuh! Semua benda Lee Jun-ki boleh buat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...