Hampir memasuki episod ke-10, nampaknya “Again My Life” merupakan antara drama kegemaran ramai kini.
Ianya membawa kisah seorang pendakwaraya berdarah panas yang diberi peluang menjalani kehidupan keduanya.
Menurut Nielsen Korea, rating tayangan terbaru drama aksi itu berjaya mencipta rekod baru di mana ia pertama kali melepas garisan 10% dengan catatan 10.1%. Bukan sahaja mencipta rekod peribadi baru, bahkan ia menduduki tempat pertama di seluruh saluran untuk slot tayangan berkenaan.
Untuk episod tebaru ini, Kim Hee-woo (Lee Jun-ki) memberikan Hwang Jin-youp (Yoo Dong-geun) kotak pandora melibatkan Jo Tae-seop (Lee Kyung-young) yang mengandungi semula salah laku dalam dunia ketenteraan selain kesalahan anak pegawai besar. Pendedahan ini nyata membuatkan penonton tak sabar menantikan episod seterusnya.
Drama lakonan Lee Jun-ki tak pernah tak best!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.