Ikuti Kami:

Plot & Babak Aksi Raih Pujian, Episod Awal ‘Again My Life’ Catat Rating Baik

Plot & Babak Aksi Raih Pujian, Episod Awal ‘Again My Life’ Catat Rating Baik

Syok tak semua dapat lihat Lee Jun-ki kembali beraksi dalam drama terbaru “Again My Life”?

Sinopsis

[Amaran SPOILER]

Sepertinya dunia ini berat sebelah terhadap yang berkuasa dan ianya terbukti apabila Kim Hee-woo menemui ajalnya apabila cuba dibunuh oleh calon presiden Korea iaitu Jong Tae-seop. Pun begitu, lelaki itu diberi peluang kedua selepas berjanji akan mendedikasikan hidup keduanya ini untuk memberkas Jong Tae-seop selain membongkarkan segala tingkah lakunya yang salah.

sbs again my life

Kembali semula ketika dia bekerja separuh masa, Kim Hee-woo mengubah pelbagai perkara termasuklah perangai terhadap orang tuanya dan mengubah takdir dengan menyelamatkan ibu bapanya daripada kemalangan yang meragut nyawa dalam kehidupan lalu.

Dalam pada itu, masa lampaunya juga mengalami perubahan apabila dia mengenali Lee Min-soo, seseorang yang tidak dikenalinya sebelum ini.

sbs again my life

Rating tinggi

Untuk episod awalnya ini, “Again My Life” menunjukkan prestasi yang baik apabila tayangan pertamanya meraih rating 5.8% dan meningkat naik ke 6.4% pada tayanagn seterusnya.

Memang mendebarkan episod awal ini, sudah kah anda menonton “Again My Life”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...