Lagi bertambah seronok tonton drama “Marry My Husband” sebab semua pelakonnya memang pandai menjiwai watak!

Khususnya menerusi video teaser baru yang dikeluarkan tvN untuk episod “Marry My Husband” yang akan datang, Jung Soo-min (Song Ha-yoon) pulang ke rumah dan melihat suaminya Park Min-hwan (Lee Yi-kyung), mempunyai hubungan sulit dengan Oh Yu-ra (BoA).
Selepas melihat suaminya sedang berbaring di atas katil bersama wanita lain, dia terus menolak pintu dan masuk ke dalam bilik, dengan renungan yang tajam.
와…씨… 송하윤 연기력 미친듯… pic.twitter.com/95jcHvMR9G
— 화석 (@notfossil379_) February 16, 2024
Penuh dengan rasa kemarahan, Jung Soo-min juga meletakkan tangannya di atas kepala dan terus mengeluarkan kata-kata kesat, beserta ekspresi marah yang sangat realistik.
Menerusi klip 3 saat yang telah pun meraih lebih 600 ribu tontonan di laman X kini, penonton meluahkan rasa kagum melihat lakonannya dan terus mencurahkan pujian buat Song Ha-yoon,
Adakah dia benar-benar orang yang sama dalam ‘Fight For My Way’?
Saya sangat kagum dengan ekspresinya.
Song Ha-yoon patutnya dapat watak utama. Dia seorang pelakon yang genius.
Lakonannya nampak nyata. Saya dapat tahu dia memang sangat marah.
Memang hebat, mukanya pun terus menjadi merah.
Sementara itu, episod terahir “Marry My Husband” akan disiarkan pada 20 Februari ini. Jangan lupa tonton!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.