Ikuti Kami:

Bukan Park Minyoung Je, Choi Gyuri Bertuah Dapat Bintangi ‘Marry My Husband’ Atas Beberapa Sebab Ini

Bukan Park Minyoung Je, Choi Gyuri Bertuah Dapat Bintangi ‘Marry My Husband’ Atas Beberapa Sebab Ini

Ramai betul pelakon yang semakin dikenali selepas muncul dalam drama “Marry My Husband”.

Selain pelakon utama seperti Park Min-young dan Na In-woo, pelakon lain yang turut mendapat tuah selepas membintangi “Marry My Husband” adalah Choi Gyu-ri.

Untuk pengetahuan, Choi Gyu-ri, berusia 24 tahun, memainkan watak sebagai Yoo Hee-yeon dalam drama itu dan merupakan adik kepada watak Na In-woo. Mendapat pujian ramai, dia telah berjaya membuktikan bakat lakonannya setelah mampu menghidupkan wataknya dari versi webtoon, dengan sempurna.

Selain itu, ini juga merupakan kali pertama dia berlakon dalam drama yang meraih rating tinggi hingga mencecah 10%. Luahnya,

Saya tidak tahu drama ini akan menjadi sepopular ini.

choi gyuri

Bukan itu sahaja, sebelum drama tersebut ditayangkan, Choi Gyu-ri hanya mempunyai 2,000 pengikut di Instagram namun kini telah mengumpul lebih 239,000 pengikut, menunjukkan peningkatan yang luar biasa.

Memang tuah Choi Gyu-ri kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...