Ikuti Kami:

VERIVERY Kongsi Senarai Lagu Untuk Album ‘SERIES ‘O’ ROUND 3 : WHOLE’

VERIVERY Kongsi Senarai Lagu Untuk Album ‘SERIES ‘O’ ROUND 3 : WHOLE’

Kumpulan penyanyi lelaki, VERIVERY yang bernaung di bawah Jellyfish Entertainment masih baru lagi debut dalam industri K-Pop sejak 4 tahun lalu iaitu pada 2019. Baru-baru ini, khabarnya mereka telah mengeluarkan senarai lagu untuk album baharu.

Sebelum ini, VERIVERY pernah mengeluarkan lagu pre-debut mereka iaitu “Super Special” yang juga merupakan OST untuk rancangan realiti pertama mereka. Kumpulan yang terdiri daripada 7 orang ahli, iaitu Dong-heon, Ho-young, Min-chan, Gye-hyeon, Yong-seung, dan Kang-min, bakal mengeluarkan album terbaharu mereka, “SERIES ‘O’ (ROUND 3 : WHOLE)”.

Kurang daripada sebulan selepas VERIVERY membuat kemunculan semula dengan single digital “O,” mereka kini sedang bersiap sedia untuk kembali dengan album penuh pertama mereka pula. Pada 7 April tengah malam, iaitu hanya dua minggu selepas pelancaran album single digital mereka “SERIES ‘O’ (ROUND 0 : WHO)”, mereka secara rasmi mengumumkan rancangan mereka untuk membuat kemunculan semula pada akhir bulan ini.

verivery

Pada 8 April lalu, mereka telah melancarkan imej muka depan melaui akaun rasmi Instagram mereka, (@the_verivery). Selain itu, mereka turut memuat naik jadual bagi keluaran album penuh pertama mereka.

Setelah, imej hadapan, jadual serta gambar konsep untuk album tersebut dikeluarkan, VERIVERY berjaya meraih perhatian peminat yang amat menanti-nantikan lebih banyak keluaran bagi perincian album tersebut. VERIVERY sekali lagi, memenuhi permintaan peminat setelah mereka memuat naik satu lagi perincian terbaru iaitu senarai lagu untuk album penuh mereka, “SERIES ‘O’ ROUND 3 : WHOLE”.

Keterujaan peminat jelas terlihat di ruangan komen yang sejak dari awal bulan lalu, sangat menantikan pelancaran album penuh pertama mereka pada 25 April ini. Selain lagu tajuk kemunculan semula kumpulan “Undercover”, album penuh pertama VERIVERY juga mengandungi gabungan genre muzik unik termasuk “Moment”, “Coming Over”, “Wish U Were Here”, “Candle”, “Fallin'”, “Childhood”, “Emotion”, “Velocity”, “Fine”, dan lagu CD sahaja, “Thank you, NEXT?”. Album ini juga menampilkan lagu “O” dan “Our Spring”, yang asalnya dikeluarkan sebagai sebahagian daripada album tunggal digital VERIVERY ‘Series ‘O’ (Round 0 : WHO)’ pada bulan Mac.

Jadi, jangan lupa untuk tanda kalendar anda untuk keluaran mereka hujung bulan ini okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...