Ikuti Kami:

“Rupanya Biasa Sahaja” – Komen Tak Sensitif Pada Idola Senior, Minchan VERIVERY Minta Maaf

“Rupanya Biasa Sahaja” – Komen Tak Sensitif Pada Idola Senior, Minchan VERIVERY Minta Maaf

Apabila menjadi selebriti, sudah pasti setiap tutur kata dan tindak-tanduk akan menjadi perhatian semua.

Terbaru, Minchan dari VERIVERY telah mengundang kecaman ramai apabila memberikan komen tidak sensitif mengenai rupa bekas rakan sekelasnya yang juga merupakan idola menerusi siaran langsung V LIVE.

Dalam siaran langsung itu Minchan menceritakan bagaimana jangkaan terhadap idola hancur apabila melihat seorang rakan sekelasnya dahulu. Katanya, terdapat seorang idola dari kumpulan wanita yang memasuki sekolahnya semasa tahun ketiga di sekolah menengah rendah,

Fantasi saya mengenai selebriti hancur. Wajahnya tak luar biasa pun.

minchan verivery

Bukan itu sahaja, Minchan turut memberi klu tentang siapakah idola berkenaan meskipun ahli lain seperti Hoyoung dan Kangmin cuba mengalihkan topik perbualan itu.

Disebabkan oleh kata-kata kuran sensitif berkenaan, Minchan telah memuat naik permohonan maaf di laman Twitter milik VERIVERY. Tulisnya,

Hello, ini ialah Minchan.

Saya memohon maaf setulus hati terhadap semua orang yang berasa tidak selesa dengan kata-kata dan tindakan saya dalam siaran V Live pada 6 Januari.

Supaya perkara yang sama tidak berulang lahi, saya akan menjadi seseorang yang berhati-hati apabila bercakap selain berkelakuan lebih serius pada masa hadapan.

Saya juga akan menghubunginya secara terus untuk memohon maaf.

Saya kesal dengan tindakan dan kata-kata kasar dan sekali lagi meminta maaf.

minchan verivery

Harapnya semua akan lebih berhati-hati selepas ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...