Ikuti Kami:

“Vampire Kena Cerah” – Netizen Kecam Wartawan Persoal Kulit ‘Tan’ Taecyeon 2PM Bagi ‘Heartbeat’

“Vampire Kena Cerah” – Netizen Kecam Wartawan Persoal Kulit ‘Tan’ Taecyeon 2PM Bagi ‘Heartbeat’

Korea Selatan sememangnya terkenal dengan isu ‘warna kulit’ memandangkan kebanyakan mereka memiliki kulit cerah dan gebu.

Disebabkan oleh itu, sesiapa yang mempunyai kulit berwarna sawo matang mahupun sedikit ‘tan’ pastinya akan menjadi bahan usikan selain digelar sebagai ‘penduduk Asia Tenggara’.

Isu itu nampaknya tidak terlepas dari terpalit pada Ok Taec-yeon apabila warna kulitnya dipersoal wartawan ketika sidang media drama “Heartbeat” baru-baru ini. Soal individu itu,

Vampire dikenali sebagai makhluk yang pucat dan tak kuat, tapi awak.. walaupun dah sedikit cerah namun (ketawa) Saya terfikir sama ada awak ada imej lain yang dibayangkan bagi membawa watak vampire.

Disebabkan oleh standard kecantikan Korea yang memilih ‘pucat’ berbanding ‘gelap’, komen berkenaan nyata menaikkan kemarahan netizen.

Taec-yeon ialah seorang kacak, penatlah layan isu warna kulit ni.

Bukan itu sahaja, ada yang tertanya-tanya mengapa belon yang melambangkan vampire buat watak Taec-yeon menggunakan kulit gelap sekaligus menekankan dakwaan bahawa mereka ‘main-main’ mengenai kulit lelaki itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Taec (@taecyeonokay)

Macam-macam..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...