Ikuti Kami:

Ok Taecyeon Jadi Manusia-Vampire Kelakar, Episod Awal ‘Heartbeat’ Raih Rating Biasa

Ok Taecyeon Jadi Manusia-Vampire Kelakar, Episod Awal ‘Heartbeat’ Raih Rating Biasa

Siapa rindu Ok Taec-yeon, pastinya tak boleh terlepas menonton drama terbarunya “Heartbeat”.

Drama KBS ini membawa kisah separuh-manusia separuh-pontianak Seon Woo-hyeol (Ok Taec-yeon) yang tak mampu menjadi manusia kerana satu hari perbezaan dalam 100 tahun, mula tinggal bersama Joo In-hae (Won Ji-an), seorang wanita yang tidak mempunyai kehangatan.

[Amaran SPOILER]

Kisah bermula apabila Woo-hyeol berada di persimpangan antara manusia dan pontianak. Tiba-tiba memasuki dunia manusia selepas 100 tahun, lelaki itu sukar menyesuaikan diri dengan era moden ini selain tidak dapat menggunakan kuasa diberikan sewenenang-wenangnya lagi.

kbs heartbeat

Walau bagaimanapun, dia bertemu dengan In-hae yang sama-sama berebut sebuah rumah agam yang dikatakan milik mereka berdua dek perjanjian nenek moyang dahulu. Berbeza personaliti-, mereka berdua cuba hidup bersama meskipun masih lagi ragu-ragu terhadap diri masing-masing.

Dalam episod awal ini, “Heartbeat” berjaya meraih rating 4.1% untuk episod pertamanya namun menurun ke 3.5% ketika siaran episod kedua. Menurut penonton, mereka menyukai drama ini kerana plotnya yang ringan selain terdapat pelbagai elemen komedi yang menggeletek hati.

Korang dah layan ke?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...