Kasih ibu dan ayah sampai bila-bila betul tak?
Sama juga dengan kisah yang disampaikan oleh Ok Taec-yeon menerusi temubual bersama sebuah majalah baru-baru ini.
Katanya, dia masih menerima wang belanja daripada kedua orang tuanya sehingga masuk usia 30-an,
Saya bukannya seorang yang banyak berbelanja. Saya banyak gunakannya untuk makanan. Saya ada banyak wang belanja, jadi saya menjalani hidup yang dilimpahi rezeki.
Ahli 2PM itu sempat berseloroh,
Sampai sekarang ibu dan ayah saya memegang kuasa ekonomi, jadi mereka yang menguruskan wang saya. Saya dah 35 tahun tapi mereka masih lagi beri wang belanja.
Wah, nampaknya Ok Taec-yeon lebih percayakan ibu dan ayahnya untuk menjaga wang yang dimilikinya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.