Nampaknya, V BTS sekali lagi telah mencipta rekod menakjubkan di laman Instagram!
Setakat 1 Mac, V mempunyai sejumlah 77 entri di akaun Instagram peribadinya, dengan lebih 57.2 juta pengikut.
Apa yang menarik perhatian, kesemua hantaran berkenaan telah meraih lebih 10 juta sukaan, menjadikan idola itu sebagai orang pertama di dunia yang mempunyai rekod sedemikian. Hebat!
Selain itu, V juga telah memegang rekod ini, mengalahkan bintang selebriti yang lain dengan pengikut yang lebih banyak cecah ratusan juta.
Dalam pada itu, pencapaian tersebut juga telah ditayangkan di TV Nasional Korea Selatan termasuk MBC News, dan mendapat liputan di pelbagai penerbitan terkemuka seperti W Korea.
Tahniah V!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉