Ikuti Kami:

Pelakon & Idola, Ramai Teruja Lihat Perbezaan ‘Ini’ Antara Park Seojoon & V BTS Dalam ‘Jinny’s Kitchen’

Pelakon & Idola, Ramai Teruja Lihat Perbezaan ‘Ini’ Antara Park Seojoon & V BTS Dalam ‘Jinny’s Kitchen’

Ada tak yang dah layan episod pertama program “Jinny’s Kitchen”?

Pada minggu lepas, episod pertama “Jinny’s Kitchen” telah mula disiarkan, dengan ahli Lee Seo-jin, Jung Yu-mi, Park Seo-joon, Choi Woo-shik dan V BTS mula bersiap sedia untuk membuka restoran mereka di Mexico.

Khususnya ketika sedang memasak ramyun, Park Seo-joon memberitahu V bahawa dia biasanya akan meletakkan serbuk perisa terlebih dahulu sebelum mee, agar airnya akan mendidih dengan lebih cepat.

Kemudian, ahli BTS yang berdiri di sebelah pelakon lelaki itu melihat sekeliling seolah-olah dia sedang mencari sesuatu. Dengan ekspresi keliru, V bertanya kepada Park Seo-joon,

Awak bercakap dengan siapa? (Kamera yang mana awak sedang lihat?)

Dengan wajah serius, Park Seo-joon menjawab,

Saya? Saya bercakap dengan ramyun.

https://twitter.com/bbroring_/status/1629150056048918528?s=20

Sejak episod tersebut disiarkan, klip interaksi pendek V dan Park Seo-joon itu tular dek ramai yang teruja melihat perbezaan antara seorang idola dan seorang pelakon.

Dengan V sebagai seorang idola akan sentiasa mencari di mana kamera untuk melakukan ‘eye contact’, Park Seo-joon sebagai seorang pelakon hanya akan fokus membuat kerjanya. Antara komen yang ditulis netizen,

Saya tergelak.

 

Beza seorang pelakon dengan idola. Saya rasa ini sangat comel.

 

Ia kelakar kerana kedua-dua mereka nampak sangat serius.

Alahai abang dengan adik ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...