Ikuti Kami:

“Saya Paling Teruk Memasak Dalam BTS..” – V Kongsi Waktu Sukar Dalam ‘Jinny’s Kitchen’

“Saya Paling Teruk Memasak Dalam BTS..” – V Kongsi Waktu Sukar Dalam ‘Jinny’s Kitchen’

Pada 22 Februari hari ini, Lee Seo-jin, Jung Yu-mi, Park Seo-joon, Choi Woo-shik dan V BTS telah menghadiri sidang media untuk program “Jinny’s Kitchen”.

Bagi yang belum tahu, “Jinny’s Kitchen” adalah spin-off dari program “Youn’s Kitchen” yang akan mengikuti ahli membuka restoran menjual makanan jalanan Korea di Mexico.

Ketika sesi temu bual di sidang media, ahli termuda iaitu V, berkongsi pengalamannya bekerja bersama dengan kru yang lain dalam program itu,

Saya sangat teruja untuk menyertai rancangan itu. Setelah saya memulakan penggambaran, saya melalui banyak perkara baru buat kali pertama dalam hidup saya. Semua ahli yang lain banyak membantu menjadikan pengalaman ini tidak dapat saya lupakan.

Selain itu, ahli BTS tersebut turut berkongsi bahawa apa yang dia jangkakan tidak sama seperti apa yang berlaku,

Saya menjangkakan untuk menunggu di atas meja, tetapi apabila saya sampai di sana, mereka minta saya untuk memasak. Dalam BTS, sayalah yang paling teruk dalam memasak, jadi saya fikir ‘Kenapa saya?’. Tetapi apabila saya mula belajar..saya masih tidak dapat merasakan keseronokan memasak. Memasak sangat sukar. Bagi saya, ia benar-benar sukar.

tvn jinny's kitchen

Kemudian, Lee Seo-jin sebagai CEO kepada restoran itu, meluahkan pandangannya mengenai V sebagai pelatih,

Tae-hyung bukanlah jenis yang berusaha keras untuk memuaskan hati orang lain. Tetapi apabila dia diberi tugas, dia melaksanakan tugasnya tanpa mengeluh. Daripada melangkah keluar dan membuat masalah, bersungguh-sungguh dalam tugas yang berikan adalah perkara yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pelatih.

Sementara itu, “Jinny’s Kitchen” akan disiarkan pada setiap hari Jumaat bermula dari 24 Februari ini.

Nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...