Ikuti Kami:

“Awak Marah V..” – Jung Yumi & V BTS Dedah Pernah Gaduh Dalam ‘Jinny’s Kitchen’ Atas Sebab Ini

“Awak Marah V..” – Jung Yumi & V BTS Dedah Pernah Gaduh Dalam ‘Jinny’s Kitchen’ Atas Sebab Ini

Baru-baru ini, ahli “Jinny’s Kitchen” iaitu Lee Seo-jin, Jung Yu-mi, Park Seo-joon, Choi Woo-shik dan V BTS telah tampil dalam program “The Game Caterers” sebagai tetamu.

Khususnya dalam siaran tersebut, ahli bermain kuiz dan juga berkongsi sedikit sebanyak cerita ketika penggambaran “Jinny’s Kitchen”. Jung Yu-mi yang menjadi pengarah dalam program itu, mengucapkan terima kasih kepada ahli baru iaitu V,

V menyertai kami buat kali pertama, dia banyak bercakap dengan saya dan saya juga bergantung kepadanya.

Mendengar perkongsian pelakon wanita itu, Lee Seo-jin terkejut dan berkata,

Apa yang awak cakapkan? Selalu awak marah Tae-hyung (nama sebenar V).

Kongsi Lee Seo-jin,

Apabila kami makan ramen pada lewat malam, kamu berdua bergaduh besar. Marah betul Tae-hyung pada Yu-mi. Dia menjerit, ‘Kamu tidak lagi menyebelahi saya’, dan mereka bergaduh. Apa yang kamu bincangkan sekarang?

jung yumi v bts

Menarik perhatian ramai, V menjelaskan situasi sebenar,

Selepas makan malam, saya meminta Yu-mi noona untuk makan ramen bersama saya. Kami memutuskan untuk berkongsi tiga pek jadi, Park Seo-joon masakkan tiga pek untuk kami. Tetapi selepas satu suapan, dia tiba-tiba berkata dia kenyang.

Tambah Lee Seo-jin,

Pada masa itu, Tae-hyung dengan marah bertanya ‘Adakah dia benar-benar begini?’.

Sebagai tindak balas, Jung Yu-mi memberi respon,

Saya fikir saya boleh makan ramen, tetapi ketika menggigit, saya sedar bahawa saya tidak dapat menghabiskannya.

Dalam pada itu, program “Jinny’s Kitchen” akan disiarkan pada setiap hari Jumaat bermula dari 24 Februari ini.

Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...