Menampilkan ramai selebriti popular, pasti ramai yang teruja ingin tonton program “Seojin’s Home”, kan?
Bagi yang belum tahu, “Seojin’s Home” yang akan disertai Lee Seo-jin, Jung Yu-mi, Park Seo-joon, Choi Woo-shik dan V BTS, adalah spin-off dari program “Youn’s Kitchen” yang akan mengikuti ahli membuka restoran menjual makanan jalanan Korea di Mexico.
Terbaru menurut panduan penyiaran CJ ENM, program tersebut akan disiarkan pada setiap hari Jumaat bermula 24 Februari ini, dengan sejumlah 10 episod secara keseluruhan dan bakal ditayangkan sehingga 28 April nanti.
https://twitter.com/Taehyungimpact/status/1625130645717499904?s=20&t=GTVR-9uvrOzm8VAWxfEkKQ
Selain itu, apa yang menarik perhatian, turut dilaporkan bahawa harga untuk satu slot iklan “Seojin’s Home” bernilai 300 juta won (RM1,029,283) dan semua slot pengiklanan untuk program tersebut telah pun habis dijual.
Untuk pengetahuan, “Seojin’s Home” telah sertai drama “Crash Course in Romance” sebagai satu-satunya program dengan semua slot iklan habis terjual.
Tak sabarnya tunggu 24 Februari ini!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉