V BTS Jadi Orang Terpantas Dalam Dunia Capai 40 Juta Pengikut Di Instagram
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
V BTS telah membuktikan kepopularitiannya dengan pelbagai rekod hebat yang telah dicipta menerusi akaun Instagram peribadi miliknya.
Pada 20 April, akaun Instagram peribadi V BTS (@thv) telah melepasi 40 juta pengikut hanya dalam masa 135 hari sahaja, menjadikannya orang terpantas dalam sejarah platform itu untuk mencapai kejayaan ini.
Sebelum ini, V telah mencipta rekod dalam ‘Guinness World Records’ sebagai pengguna Instagram terpantas di dunia yang berjaya raih 1 juta dan 10 juta pengikut, serta berjaya menjadi orang asia pertama dalam sejarah yang mencapai 19 juta sukaan di salah satu entri di akaunnya. Mengagumkan!
[INFO] Kim Taehyung is now the fastest person in the world to achieve 40M followers on Instagram and remains the most followed Korean male solo act on the platform!
RECORD SETTER THV #TaehyungInstagram40M pic.twitter.com/tU0FcMVf1c
— KTH FACTS | FRI(END)Sⓥ (@KTH_Facts) April 19, 2022
Bukan itu sahaja, V juga merupakan selebriti lelaki Korea yang paling banyak diikuti di platform tersebut kini.
Tahniah V!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




