Ikuti Kami:

V BTS Jadi Orang Asia Pertama Dalam Sejarah Raih 19 Juta Sukaan Di Instagram

V BTS Jadi Orang Asia Pertama Dalam Sejarah Raih 19 Juta Sukaan Di Instagram

Kurang setahun, V BTS telah mencipta pelbagai rekod hebat di Instagramnya.

V telah membuktikan dirinya sebagai ‘raja media sosial’, selepas satu entri di Instagramnya telah melepasi lebih 19 juta sukaan.

Khususnya, entri V mengenai anjing peliharaan kesayangannya dan juga terkenal dalam kalangan ARMY iaitu Yeontan, kini merupakan siaran pertama dan satu-satunya oleh orang Asia yang melepasi 19 juta sukaan di Instagram.

 

Bukan itu sahaja, V telah berjaya mencipta rekod ini hanya dengan pengikutnya yang kurang daripada 40 juta dan akaunnya yang baru saja dicipta pada Disember tahun lepas, mengatasi ramai selebriti Asia yang mempunyai lebih 60 juta pengikut tetapi mempunyai penglibatan yang lebih rendah. V juga merupakan orang ke-10 secara keseluruhan di dunia yang mempunyai rekod ini, menyertai selebriti terkenal seperti Ariana Grande, Billie Eilish dan Kylie Jenner.

Hebat V!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...