Son Ye-jin nampaknya masih gigih bekerja meskipun sedang mengandung kini.
Terbaru pada 18 Ogos, Son Ye-jin telah menghadiri acara perjumpaan peminat secara virtual, dengan jenama Nutriville Indonesia.
Untuk pengetahuan, Nutriville ialah jenama minuman kolagen Indonesia untuk mengekalkan kulit awet muda, dan Son Ye-jin merupakan duta untuk jenama tersebut.
https://twitter.com/alou68charm/status/1560186823116296198
Khususnya, penampilan Son Ye-jin di acara tersebut menarik perhatian peminat disebabkan ‘aura’ ibu mengandung yang dibawanya. Cantik sangat!
Bukan itu sahaja, ini juga pertama kali Son Ye-jin menggayakan rambut pendek selepas berkahwin, membuatkan selebriti itu tampil lebih berseri daripada biasa.
Di penghujung acara, pelakon itu turut meluahkan rasa kesalnya kerana harus bertemu peminat secara maya, dan berharap agar dapat berjumpa dengan mereka secara bersemuka tidak lama lagi.
Semoga sentiasa sihat Son Ye-jin!