Ikuti Kami:

“Dia Seorang Yang Kuat” – Lee Junghyun Kongsi Keadaan ‘Bumil’ Son Yejin Kini

“Dia Seorang Yang Kuat” – Lee Junghyun Kongsi Keadaan ‘Bumil’ Son Yejin Kini

Biasa menemani kita dalam pelbagai drama, nampaknya ramai pelakon wanita Korea kini sudah pun bergelar ibu dan menjalani fasa hidup yang baru.

Terbaru, Lee Jung-hyun yang membintangi filem “Limit” telah menyertai temubual bersama “Entertainment Weekly”.

Bukan sahaja bercerita mengenai kerjaya, wanita itu ada berkongsi kisah mengenai anak perempuannya, Seo-ah yang sudah mencecah usia 4 bulan kini.

lee junghyun seoah

Tak cukup dengan itu, Lee Jung-hyun yang merupakan sahabat karib Son Ye-jin turut berkongsi kisah mengenai rakannya itu yang sedang hamil kini. Katanya mengenai isteri Hyunbin tersebut,

Dia mempunyai personaliti yang kuat, jadi dia boleh melakukan yang terbaik dengan sendiri. Tetapi suplemen kesihatan juga sangat penting.

Dalam pada itu, Lee Jung-hyun meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat menyertai percutian bulan madu bersama Son Ye-jin dan Hyunbin memandangkan dia berada di bulan terakhir kehamilan pada ketika itu.

Kalau anda nak tahu, kumpulan rakannya iaitu Oh Yoon-ah dan Son Ye-jin turut menyertai perjalanan bulan madunya dahulu.

Kami mempunyai ruang sembang bersama, dan saya memohon maaf. Kalau ia bukan bulan terakhir saya, pasti saya sudah mengikuti mereka.

lee junghyun

Kamceng kan mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...