Ikuti Kami:

Usia 40-an & Masih Aktif, Netizen Tebak Identiti Pelakon Lelaki Didakwa Ambil Dadah

Usia 40-an & Masih Aktif, Netizen Tebak Identiti Pelakon Lelaki Didakwa Ambil Dadah

Baru-baru ini, seorang pelakon popular yang digelar ‘L’ telah didakwa mengambil dadah.

Menurut media, ‘L’ sedang dalam siasatan polis kini selepas Polis Incheon menyiasat sebuah pertubuhan dewasa di Gangnam dan diberikan maklumat yang melibatkan seorang pelakon lelaki yang menggunakan dadah.

Meskipun masih belum diketahui identiti pelakon tersebut namun, netizen telah membuat beberapa spekulasi atau tekaan menerusi petunjuk yang diberi.

Untuk pengetahuan, laporan mengatakan bahawa ‘L’ merupakan pelakon lelaki terkenal berusia 40-an, memulakan kerjayanya dalam sitkom MBC pada November 2001 dan kini sedang membintangi beberapa filem serta drama.

lee sunkyun

Menerusi laman komuniti dalam talian, netizen membuat spekulasi bahawa pelakon yang dinyatakan adalah Lee Sun-kyun kerana banyak persamaan antaranya dan petunjuk yang dikongsi.

Selain itu, dia juga telah membintangi pelbagai projek popular seperti drama “My Mister”, Coffee Prince” dan filem “Parasite”.

Bagaimanapun, masih belum ada kesahihan mengenai dakwaan berkenaan dan pihak polis masih dalam proses siasatan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...