Ikuti Kami:

Popular Seperti Yoo Ahin, Pelakon ‘L’ Dalam Siasatan Polis Dek Didakwa Ambil Dadah

Popular Seperti Yoo Ahin, Pelakon ‘L’ Dalam Siasatan Polis Dek Didakwa Ambil Dadah

Seorang bintang terkenal dilapor sedang disiasat kerana didapati menggunakan dadah.

Pada 19 Oktober, media melaporkan bahawa pelakon popular yang digelar ‘L’ sedang disiasat polis kerana menggunakan dadah.

Menurut laporan, Polis Incheon sedang menyiasat sebuah pertubuhan dewasa di Gangnam apabila mereka diberikan maklumat melibatkan pelakon ‘L’ yang menggunakan dadah.

Kongsi pihak polis,

Kami menerima maklumat tentang seorang selebriti yang tahap popularitinya sama seperti Yoo Ah-in, daripada pertubuhan dewasa Gangnam. Kami sedang menyiasat ‘L’ kerana dia didakwa menggunakan dadah.

korean actor drug use

Bagaimanapun, Polis Incheon menambah bahawa tuduhan dadah terhadap ‘L’ masih belum difailkan lagi setakat ini.

Tambahan, ‘L’ didakwa merupakan pelakon lelaki terkenal berusia 40-an, memulakan kerjayanya dalam sitkom MBC pada November 2001 dan kini sedang membintangi beberapa filem serta drama.

Nantikan kemas kini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...