Ikuti Kami:

“Untung Rakan Sekelas” – Ramai Kagum Lihat Park Bogum Belajar Di Peringkat Ijazah Sarjana Kini

“Untung Rakan Sekelas” – Ramai Kagum Lihat Park Bogum Belajar Di Peringkat Ijazah Sarjana Kini

Meskipun sedang sibuk dalam dunia lakonan kini, Park Bo-gum tetap mencari masa untuk pendidikannya.

Bagi yang belum tahu, Park Bo-gum sedang belajar di peringkat ijazah sarjana dalam bidang Muzik Media Baharu di Universiti Sangmyung, Korea Selatan.

Baru-baru ini, rakan sekelas Park Bo-gum di universiti tersebut telah berkongsi beberapa foto pelakon itu, yang dilihat sedang tekun belajar. Tulis pelajar itu,

Park Bo-gum dan wajahnya yang kecil. Kemurahan hatinya terhadap pelajar perempuan. Populariti saya di kampus telah berakhir. Dia benar-benar tiada tandingan.

park bogum

Meskipun hanya dengan baju putih dan topi hitam, pelakon lelaki itu tidak dapat menyembunyikan wajah tampannya dan auranya sebagai seorang pelakon.

Berdasarkan foto yang dimuat naik, Park Bo-gum nampaknya bukan hanya mengambil gambar dengan rakan sekelasnya tetapi juga bersama profesornya.

Selepas foto itu tersebar, netizen rata-rata teruja dan menulis komen seperti,

Tolong izinkan saya masuk universiti itu juga.

 

Saya cemburu dengan pelajar perempuan di situ.

 

Park Bo-gum, sila datang ke universiti saya.

Bukan senang tu nak belajar sambil bekerja. Cayalah Park Bo-gum!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...