Utama Rancangan Hiburan “Untung Jadi Staf Dia” – Yoona Belikan Barangan Buat Kakitangan Tanpa Limit...

“Untung Jadi Staf Dia” – Yoona Belikan Barangan Buat Kakitangan Tanpa Limit Harga Di Paris

yoona snsd

Baru-baru ini, Yoon-a GIRLS’ GENERATION telah memuat naik satu video baru di saluran YouTubenya.

Menerusi saluran YouTube peribadinya, Yoon-a telah berkongsi video bertajuk “Miu Miu Fashion Show Vlog 2” buat peminat.

Dalam video tersebut, Yoon-a membawa peminat bersiar-siar di Paris sambil berkata,

Saya mempunyai masa lapang hari ini, jadi saya akan membeli-belah di Paris dan menikmati makanan yang enak.

Kemudian, Yoon-a pergi memasuki satu kedai untuk membeli-belah dengan kakitangannya, di mana dia turut meminta setiap daripada mereka memilih apa sahaja yang mereka mahu. Katanya,

Tanpa sebarang had harga, saya akan membelikan anda semua sesuatu. Anda boleh memilih satu sahaja.

yoona

Berasa teruja, salah seorang staf bertanya,

Tidak kira betapa mahalnya?

Yoon-a menjawab sambil ketawa,

Saya pasti anda akan mempertimbangkan duit poket saya.

Nak jadi staf Yoon-a juga!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERYouTube
Loading...