Ikuti Kami:

Diminta Pilih Antara Lee Jongsuk & Hyun Bin, Peminat Puji Respon Padu Yoona

Diminta Pilih Antara Lee Jongsuk & Hyun Bin, Peminat Puji Respon Padu Yoona

Merupakan seorang idola dan pelakon popular, Yoon-a telah berjaya meraih pujian ramai dalam setiap projeknya.

Khususnya, tahun ini merupakan tahun yang berjaya buat Yoon-a memandangkan dia telah terlibat dengan pelbagai projek seperti comeback GIRLS’ GENERATION, drama “Big Mouth,  filem “Confidential Assignment 2” dan kesemuanya mendapat populariti yang hebat.

Bagi yang belum tahu, dalam “Big Mouth”, Yoon-a memainkan watak sebagai Go Mi-ho seorang jururawat dan juga isteri kepada watak Lee Jong-suk. Meskipun ianya bukan drama bergenre romantik namun, keserasian mereka berdua memang tidak dinafikan lagi.

Kemudian, dalam filem “Confidential Assignment 2”, Yoon-a menemui penonton dengan watak Park Min-young, iaitu seorang YouTuber yang menganggur dan juga mempunyai hati kepada watak Hyun Bin.

yoona snsd

Terbaru, pelakon dan idola itu terlibat dengan satu temu bual di mana dia ditanya satu soalan yang agak sukar untuk dijawab. Seorang wartawan bertanya,

Awak lebih suka berlakon dengan siapa, Lee Jong-suk dari ‘Big Mouth’ atau Hyun Bin dari ‘Confidential Assignment 2’?

Menarik perhatian, Yoon-a menjawab,

Awak tak boleh membandingkan suami awak dengan lelaki kacak yang awak suka.

Oleh itu, ramai yang kagum dengan kepandaian Yoon-a dalam menjawab soalan tersebut. Antara komen yang ditulis:

Jawapannya sangat masuk akal kerana wartawan meminta Yoon-a untuk membandingkan Lee Jong-suk dengan Hyun Bin.

 

Saya rasa jawapannya yang masuk akal datang dari pengalamannya selama bertahun-tahun.

 

Yoon-a benar-benar bijak dalam menjawab soalan yang rumit macam ini.

yoona

Mantap la Yoon-a!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...