Baru-baru ini, memang ada ramai selebriti Korea yang menghadiri pertunjukan fesyen di Paris Fashion Week.
Terbaru pada 4 Oktober, Yoon-a GIRLS’ GENERATION dan Won-young IVE dilihat menghadiri pertunjukan fesyen ‘2023 Spring Summer’ untuk jenama MIU MIU.
Menarik perhatian, Yoon-a dilihat memakai kot kelabu bersaiz besar dengan sweater merah terang di dalam, dipadankan dengan skirt putih. Won-young pula kelihatan cantik seperti biasa dengan kardigan hitamnya dan seluar pendek denim. Dua-dua menawan!
미우미우 윤아 장원영 투샷 ㅁㅊ pic.twitter.com/8UZXfgPDn2
— 화수은화 (@SNSD_0805) October 4, 2022
Bukan itu sahaja, kedua idola popular itu turut dilihat bergambar bersama di acara berkenaan, menambahkan keterujaan peminat melihat interaksi mereka.
Antara reaksi yang ditulis netizen:
Mereka berdua tidak kelihatan seperti orang sebenar, bagaimana boleh mereka kelihatan sangat cantik?
Cantik sangat mereka berdua, sangat menonjol.
Umur mereka berbeza belasan tahun tapi kenapa mereka nampak sebaya? Yoon-a memang tidak dimamah usia.
Dua-dua cantik ni, taktau nak fokus yang mana.