Ikuti Kami:

Unik & Istimewa, Banchan Merupakan Makanan Tradisi Korea Sejak Dulu Lagi

Unik & Istimewa, Banchan Merupakan Makanan Tradisi Korea Sejak Dulu Lagi

Setiap kali tengok K-Drama mesti ada adegan makan dan korang pun pernah tertanya-tanya kenapa ada banyak makanan sampingan kan?

Makanan sampingan atau dikenali sebagai banchan ini merupakan tradisi sejak dahulu lagi yang diamalkan oleh orang Korea. Kali ini KimchiDaily nak kongsikan tentang keunikan banchan makanan kegemaran orang Korea.

Kalau makan di kedai Korea, mereka pasti akan menghidangkan makanan sampingan seperti jeruk lobak putih atau yang paling popular ialah kimchi. Rakyat Korea memang sudah diajar sejak kecil lagi untuk makan pelbagai jenis hidangan dengan makanan sampingan. Di atas meja makan akan dipenuhi dengan beberapa jenis banchan.

Banchan percuma? 

orang sedang makan hidangan sampingan korea

Kalau ke Korea korang mungkin tertanya-tanya, mengapa restoran menyediakan banchan secara percuma? Dalam kalangan masyarakat Korea, banchan percuma di restoran mencerminkan layanan dan kemurahan hati pemilik kedai. Tidak kira restoran mewah mahupun gerai makan jalanan kecil akan menawarkan sekurang-kurangnya satu atau dua hidangan sampingan kecil. Ia sebenarnya hidangan yang penting untuk melengkapi rasa makanan utama.

Tradisi & budaya Korea

Budaya makan Korea sangat menekankan perkongsian dan makan bersama, dan persekitaran makan sosial yang meriah. Oleh itu, pinggan banchan biasanya diletakkan di tengah-tengah meja makan. Ia memainkan peranan penting dalam menggalakkan interaksi, perbualan dan perkongsian makanan di kalangan pengunjung.

Selain itu, banchan mempamerkan warisan budaya dan tradisi Korea. Penyediaan dan cara hidangan banchan melibatkan teknik tradisional seperti penapaian, dan resepi perasa digunakan secara turun-temurun. Memandangkan penyediaan banchan kebanyakannya melibatkan proses penapaian dan secara amnya ia mengandungi probiotik yang menggalakkan kesihatan usus dan pencernaan.

Kimchi

keistimewaan kimchi

Makanan sampingan yang wajib ada ketika makan di kedai Korea ialah kimchi. Korea sangat popular dengan banchan itu dan masyarakat Malaysia juga sudah mula menerimanya. Kimchi ialah hidangan tradisional Korea mengandungi sayur-sayuran yang ditapai dan yang paling biasa dijumpai ialah kubis dan lobak putih. Selain dihidangkan sebagai banchan, ia juga boleh digunakan dalam pelbagai hidangan yang dimasak seperti nasi goreng kimchi dan sebagainya.

Myeolchi Bokkeum (ikan bilis tumis) 

hidangan sampingan korea ikan bilis

Ikan bilis mempunyai khasiat yang tinggi, jadi para ibu di Korea menggalakkan anak-anak mereka makan lebih banyak ikan bilis kerana ia mengandungi sumber kalsium, protein dan lemak Omega 3. Ikan bilis tumis ini rasanya manis, sedikit melekit dan rangup! Sangat sesuai makan bersama hidangan utama seperti nasi.

Kongnamul Muchim (salad taugeh)

kongnamul muchim

Salad taugeh ini dikenali sebagai kongnamul muchim yang merupakan salah satu daripada hidangan sampingan Korea yang sihat. Ia mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja untuk menyediakannya. Kongnamul muchim mempunyai tekstur yang rangup dan pedas menjadikannya sebagai banchan yang sempurna untuk mana-mana hidangan utama Korea.

Unik bukan budaya Korea?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...