Ikuti Kami:

Bukan Sekadar Makanan Sampingan, Ini Antara Khasiat Kimchi Untuk Kesihatan

Bukan Sekadar Makanan Sampingan, Ini Antara Khasiat Kimchi Untuk Kesihatan

Kalau tengok K-Drama je mesti ada scene makan-makan. Paling utama, mesti ada Kimchi sebab ia merupakan makanan ruji masyarakat Korea. Di Malaysia, masyarakat di sini sudah mula menerima kimchi sebagai makanan harian yang boleh dijadikan pelengkap seperti sambal.

Jangan makan sahaja, kali ini KimchiDaily nak kongsikan kebaikan kimchi yang harus diketahui ramai.

Makanan ruji di Korea

Kimchi ialah hidangan sampingan Korea yang popular kebiasaannya dibuat daripada kubis atau lobak putih yang ditapai. Ia mempunyai pelbagai manfaat dan mungkin berkesan teutamanya untuk menurunkan kolesterol dan mengurangkan insulin dalam badan.

Menurut kajian, kimchi dapat menguatkan sistem imun manusia. Fungsi bakteria membantu menapai kimchi dikaitkan dengan fungsi imun yang lebih baik dan tahap keradangan lebih rendah di mana ianya dicetus oleh penyakit. Vitamin C yang terdapat dalam kimchi juga berupaya meningkatkan kesihatan imun seseorang.

Membantu kulit berseri serta rambut yang sihat

Tambahan, kimchi menyokong penghasilan kulit berseri dan rambut yang bersinar. Ia bukan sahaja menyerlahkan kecantikan dalaman, makanan kegemaran orang Korea juga membuatkan penampilan luaran kelihatan menawan. Kandungan selenium yang terdapat dalam bawang putih dapat mengekalkan keadaan kulit dan rambut supaya sentiasa sihat. Bukan itu sahaja, ianya juga dapat membantu mengelakkan kedutan dalam jangka masa panjang.

Baik buat jantung

Selain itu, kimchi juga boleh memberi kebaikan kepada jantung seseorang dengan meningkatkan tahap antioksidan dalam badan. Kajian menunjukkan bahawa kimchi juga boleh mengurangkan risiko aterosklerosis melalui sifat antioksidan, anti-radang dan penurunan kolesterol. Dalam pada itu probiotik yang terkandung dalam kimchi boleh meningkatkan kesihatan jantung dengan mengurangkan kolesterol dan keradangan.

Pasti ini merupakan berita gembira buat peminat kimchi kerana ia boleh membantu menurunkan berat badan. Capsaicin yang terdapat dalam cili dapat meningkatkan metabolisma dalam badan serta boleh membuatkan seseorang itu menggunakan tenaga yang berlebihan seterusnya meningkatkan faktor penurunan berat badan.

Olahan kimchi

Selain dijadikan makanan tambahan, kimchi juga boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti nasi goreng kimchi, sup kimchi, telur dadar kimchi dan macam-macam lagi. Nasi goreng adalah makanan yang paling mudah untuk dimasak dan rasanya sangat sedap. Rasa yang sempurna daripada bahan asas nasi goreng seperti bawang putih dan cili ditambah lagi dengan rasa kimchi yang masam serta rangup itu sudah cukup untuk melengkapkan satu hidangan yang menarik. Ia sangat sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja.

Kimchi selamat untuk kebanyakan orang melainkan seseorang itu mempunyai alahan khusus kepada mana-mana ramuan. Ia juga boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan yang tidak menyenangkan seperti gas dan kembung perut jika anda tidak biasa dengan makanan yang ditapai atau kandungan serat tinggi dalam diet harian.

Oh, baru tahu sebenarnya kimchi ada banyak khasiat!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...