Ikuti Kami:

Undang Kontroversi, 4 Penari Latar K-Pop Ini Menimbulkan Kemarahan Peminat

Undang Kontroversi,  4 Penari Latar K-Pop Ini Menimbulkan Kemarahan Peminat

Idola K-Pop adalah penari yang sangat berbakat, tetapi beberapa persembahan mereka juga tidak mungkin sempurna tanpa bantuan penari latar.

Malangnya ada beberapa penari latar ini didakwa berkelakuan ‘tidak sopan’ semasa persembahan. Baca perkongsian KimchiDaily berkenaan hal ini di bawah.

Penari latar BLACKPINK 

Semasa BLACKPINK 2023 BORN PINK World Tour, penari latar menjadi topik hangat pada ketika itu. Beberapa orang peminat mengkritik ekspresi dan tingkah laku ‘menyeramkan’ salah seorang penari itu. Sesetengah peminat mengkritik penari itu manakala, yang lain mempertahankan perbuatannya. Mereka berpendapat bahawa tingkah laku dan ekspresi yang ditunjukkan adalah sebahagian daripada persembahan.

Kejadian meraba Luda WJSN 

Tarian intim di konsert WJSN (Cosmic Girls) Would You Stay – Secret Box menggerunkan netizen. Peminat menuduh penari latar lelaki menyentuh Luda secara tidak wajar semasa persembahan ’24 Hours’  bersama Dawon. Peminat juga menyatakan bahawa penari itu sengaja menyentuh dada Luda lebih daripada sekali semasa persembahan.

Beberapa netizen berpendapat bahawa sentuhan itu adalah sebahagian daripada koreografi, tetapi yang lain menunjukkan bahawa koreografi asal dengan Sunmi tidak ada adegan seperti ini. Tambahan pula, pasangan tarian Dawon tidak menyentuhnya seperti cara rakan tarian Luda menyentuh penyanyi itu.

Kontroversi ENHYPEN

Pada awal tahun 2023, agensi menghadapi kecaman daripada beberapa peminat tempatan untuk koreografi ‘Bite Me’ yang dinyanyikan oleh kumpulan ENHYPEN. Tarian sensual yang diilhamkan oleh vampire antara ENHYPEN dan penari wanita telah menyebabkan kekecohan. Hal ini disebabkan oleh koreografi mereka memaparkan persembahan tarian menggoda, terutamanya yang melibatkan wanita.

Tambahan, sebuah trak protes telah dihantar ke agensi itu untuk membantah tarian dan menyeru agar koreografi itu dibuang.

Penari latar Jimin BTS 

penari latar cetuskan kontroversi

Seorang penari yang bekerja dengan Jimin BTS mendapat kecaman kerana berkongsi gambar suntingan yang didakwa bersifat perkauman. Penari yang dikenali sebagai Julia Alaimo, menari dengan Jimin semasa lagu ‘Like Crazy’ di “The Tonight Show”.

Walaupun ARMY menikmati persembahan Julia, ada yang mengecam perbuatannya menyunting gambar dengan memasukkan pakaian perkahwinan dengan kek dan cincin. Sesetengah peminat tidak kisah dengan suntingan terbabit, tetapi ada juga tidak berpuas hati dengan kek perkahwinan itu.

Untuk pengetahuan, gambar kek itu mengandungi penyepit, kipas sebagai penutup kek, dan teks dalam bahasa Cina. Julia meminta maaf kerana berkongsi gambar itu dan tidak menyangka ia akan menimbulkan kontroversi.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...