Ikuti Kami:

Raih Perhatian Ramai, Ini Antara Drama & Filem Korea Terlibat Dengan Kontroversi Panas

Raih Perhatian Ramai, Ini Antara Drama & Filem Korea Terlibat Dengan Kontroversi Panas

Dunia hiburan tak akan terlepas daripada tempias kontroversi.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan beberapa naskhah popular Korea yang pernah terlibat dengan kontroversi panas.

Squid Game

filem dan drama korea cetus kontroversi

“Squid Game” menerima kritikan ramai kerana sepertinya merendahkan kebolehan wanita di dalam drama tersebut. Terutamanya apabila watak Han Mi-nyeo (Kim Joo-ryung) yang asyik mengutamakan kecantikannya dan menggunakan ‘badan’ bagi mendekatkan diri dengan kuasa besar di dalam permainan itu.

Selain daripada itu, patung wanita yang duduk dalam keadaan ghairah di dalam ruangan VIP sekaligus merendahkan maruah kaum tersebut. Malah kebanyakan daripada watak lelaki di dalamnya sering merendahkan wanita selain mengelak untuk bermain dengan mereka kerana risau bakal gagal dalam permainan itu.

Silenced

filem dan drama korea cetus kontroversi

“Silenced” ialah sebuah filem yang dibintangi oleh pelakon “Goblin” Gong Yoo, adalah berdasarkan novel kontroversi “The Crucible”. Filem ini mengisahkan kejadian ngeri di Sekolah Gwangju Inhwa, di mana pelajar cacat pendengaran didera secara fizikal dan seksual oleh guru serta kakitangan sekolah selama hampir lima tahun.

Filem itu mencetuskan kemarahan orang ramai apabila memaparkan guru-guru dilepaskan oleh mahkamah dengan hukuman yang minimum. Petisyen oleh penonton membawa kepada pembukaan semula kes dan reformasi undang-undang, yang menarik balik status hukuman ke atas kes jenayah seks terhadap kanak-kanak.

Snowdrop

filem dan drama korea cetus kontroversi

Sebelum penyiaran drama “Snowdrop”, sinopsisnya telah bocor dan ini telah menimbulkan kemarahan di Korea Selatan. Dikatakan bahawa plot itu mengganggu sejarah Korea selepas meletakkan seorang ketua lelaki yang merupakan seorang pengintip serta seorang lagi watak lelaki dari Agensi Perancangan Keselamatan Negara (NSP). Korea Selatan memperjuangkan demokrasi pada tahun 1987, dan NSP ialah sebahagian daripada rejim autoritarian pada masa itu.

Memandangkan ini adalah topik sensitif di negara ini, lebih 100,000 rakyat memfailkan petisyen untuk membatalkan tayangan “Snowdrop”. Bagaimanapun, tayangan drama itu tetap diteruskan seperti biasa.

Ballerina

filem dan drama korea cetus kontroversi

Filem keluaran pada tahun 2023 ini membawa kisah pembalasan aksi beremosi dan tidak berprihatin, mengenai seorang wanita yang mencari dalang disebalik kematian rakan baiknya. “Ballerina” menerima respon pelbagai dek plot provokatif seperti babak lucah, pembunuhan dan keganasan seksual yang memenuhi filem itu.

Parasite

parasite

Seorang penerbit filem Tamil iaitu PL Thenappan mendedahkan bahawa dia akan menyaman penerbit filem “Parasite” atas sebab plagiat. Menurut dakwaan lelaki itu, filem berasal daripada Korea telah menciplak plot cerita filem Tamil berjudul “Minsara Kanna”.

Lain pula reaksi pengarah filem itu Tamil iaitu S. Ravikumar yang nyata berbangga dengan kontroversi itu. Sebab ia tanpa sengaja telah membawa perhatian terhadap filemnya itu. Pengarah ini juga menyatakan bahawa dia tidak akan mengambil apa-apa tindakan.

The King Of Tears, Lee Bangwon

filem dan drama korea cetus kontroversi

Pada siaran episod 7 drama itu, Persatuan Kebajikan Haiwan Korea telah menyuarakan tentang suatu babak, di mana watak utama Lee Sung-gye (Kim Young-chul) terjatuh ketika menunggang kuda, dan mendakwa bahawa ia adalah jelas satu tindakan penderaan haiwan. Menurut kenyataan mereka, dalam adegan itu, badan kuda terbalik kira-kira 90 darjah dan kepalanya mencecah tanah.

Tambahan pula, seminggu selepas penggambaran babak bersama kuda tersebut, telah dimaklumkan bahawa kuda itu telah pun mati, disebabkan kecedaraan yang dialaminya. Dek kontroversi ini, pihak KBS telah mengeluarkan permohonan maaf.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...