Ikuti Kami:

Konflik Dua Negara, 5 K-Drama Ini Menampilkan Hubungan Korea Selatan & Korea Utara

Konflik Dua Negara, 5 K-Drama Ini Menampilkan Hubungan Korea Selatan & Korea Utara

Berita bukanlah satu-satunya platform di mana korang boleh melihat hubungan Korea Utara-Selatan.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 K-Drama yang menunjukkan konflik serta hubungan yang dihadapi Korea Selatan bersama dengan negara jirannya, Korea Utara.

Crash Landing On You

“Crash Landing On You” ini mengisahkan tentang seorang waris orang kaya iaitu Yoo Se-ri (Son Ye-jin) dan pegawai dari Korea Utara iaitu Ri Jung-hyuk (Hyun Bin). Kisah cinta mereka bermula apabila Yoo Se-ri terpaksa mendarat di Korea Utara selepas paragliding yang dinaikinya terbabas kerana angin yang kuat.

Semasa pendaratannya itu, dia tanpa sengaja telah terserempak dengan Ri Jung-hyuk dan lelaki itu telah berusaha menyembunyikannya agar tidak diberkas oleh pegawai Korea Utara yang lain.

Snowdrop

“Snowdrop” berlatar belakangkan Seoul pada tahun 1987 dan membawa kisah Im Su-ho (Jung Hae-in), seorang pelajar di universiti berprestij yang tiba-tiba berlari masuk ke asrama wanita, dalam keadaan berlumuran darah. Eun Young-ro (Ji-soo), seorang pelajar yang ceria dan baik hati kemudiannya telah menyembunyikan lelaki itu dan merawat lukanya walaupun dalam keadaan bahaya.

Doctor Stranger 

Doctor Stranger berkisahkan tentang kehidupan Park Hoon (Lee Jong-suk). Ketika masih kecil, dia dan ayahnya yang juga seorang doktor hebat, telah diperdaya serta dihantar ke Korea Utara. Semasa di negara itu, Park Hoon dilatih untuk menjadi seorang doktor oleh ayahnya.

Park Hoon berjaya menjadi pakar bedah setelah menghabiskan pelajaran dalam jurusan kedoktoran di Korea Utara. Dia kemudian telah jatuh cinta dengan Song Jae-hee (Jin Se-yeon). Setelah ayah Park Hoon meninggal, dia cuba melarikan diri ke Korea Selatan bersama Song Jae-hee.

The King 2 Hearts 

Berlatarkan zaman fiksyen di mana Korea Selatan ditadbir di bawah pemerintahan raja berperlembagaan, “The King 2 hearts” mengisahkan tentang Putera Jae-ha (Lee Seung-gi) dari Korea Selatan dan pengajar Pasukan Khas Korea Utara, Kim Hang-ah (Ha Ji-won) yang menjadi suami dan isteri melalui perkahwinan yang diatur.

Korean Peninsula 

kdrama korea selatan-korea utara

“Korean Peninsula” dibintangi oleh Hwang Jung-min, di mana dia melakonkan watak saintis terkenal Korea Selatan yang meminati saintis Korea Utara lakonan Kim Jung-eun. Bersama-sama, kedua saintis diberikan tugas untuk melombong gas hidrat metana di luar pantai Korea. Walaubagaimanapun, pergolakan politik antara Korea Selatan dan Korea Utara mengancam cinta dan kerja saintifik mereka.

Korang dah tonton ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...