Ikuti Kami:

Bertiga Lebih Baik Dari Berdua, Ini Antara 5 ‘Trio’ K-Drama Paling Ikonik

Bertiga Lebih Baik Dari Berdua, Ini Antara 5 ‘Trio’ K-Drama Paling Ikonik

Selain hubungan percintaan romantis antara dua watak, K-Drama juga ada menyajikan kepada penonton tentang hubungan yang manis antara 3 watak.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 ‘trio’ di dalam K-Drama yang akan membuatkan korang tersenyum ketika menonton.

Goblin

best trio dalam kdrama

“Goblin” merupakan antara K-Drama yang boleh membuatkan emosi penonton tidak menentu. Ada episod yang bikin air mata mengalir, malah ada juga yang boleh menyebabkan penonton gelak terbahak-bahak. Gabungan watak yang dibawa oleh Kim Go-eun, Gong Yoo dan Lee Dong-wook masih diingati sehingga kini. Malahan, K-Drama ini antara yang mendapat perhatian ramai peminat dari dalam dan juga luar negara.

It’s Okay To Not Be Okay 

best trio dalam kdrama

Drama “It’s Okay To Not Be Okay” ini boleh dikatakan antara karya yang terbaik pada tahun 2020. K-Drama ini membuatkan penonton menangis dan ketawa pada setiap episod bak rollercoaster. Hal ini terjadi disebabkan oleh jalan ceritanya yang menyentuh tentang kesihatan mental dan berjaya sampaikan jalan cerita menarik.

Watak adik beradik yang dilakonkan oleh Kim Soo-hyun dan Oh Jung-se, serta watak heroin dibawa oleh Seo Ye-ji juga menambah keseronokan untuk K-Drama itu.

Vincenzo 

best trio dalam kdrama

Walaupun K-Drama ini penuh dengan plot yang menunjukkan sisi gelap, ikatan yang tidak konvensional antara tiga watak dramatik ini banyak memberikan ketawa kepada penonton. Song Joong-ki, Jeon Yeo-been, dan Yoon Byung-hee membuatkan penonton tertunggu-tunggu episod seterusnya, untuk mengetahui apa yang mereka bertiga ingin lakukan lagi.

True Beauty

best trio dalam kdrama

K-Drama ini menunjukan tentang kehidupan dan juga kisah percintaan yang sangat disukai oleh remaja zaman sekarang. Watak dua orang kawan baik yang dibawa oleh Cha Eun-woo dan Hwang In-youp ini sangat comel. Tambah pula, mereka tiba-tiba menjadi ‘musuh’ dan boleh pula jatuh cinta pada perempuan (Moon Ga-young) yang sama. Hal ini telah menjadikan mereka antara ‘trio’ tercomel untuk drama Korea.

Start-Up

best trio dalam kdrama

Siapa yang boleh melupakan trio Samsan Tech dari K-Drama “Start-Up”? Mereka bertiga telah mengajar penonton untuk tidak berputus asa dalam mengejar impian dan tidak melupakan kawan-kawan mereka. Hubungan antara tiga watak “Start-Up” ini sangat comel kerana mereka sangat mementingkan hubungan kawan baik antara satu sama lain. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari melalui drama ini.

Mana satu trio kegemaran korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...