Ikuti Kami:

“Umur Saya..” – Song Hyekyo Jawab Kemungkinan Bahagian 3 ‘The Glory’

“Umur Saya..” – Song Hyekyo Jawab Kemungkinan Bahagian 3 ‘The Glory’

Haa korang nak tak sambungan “The Glory”?

Terbaru, Song Hye-kyo telah terlibat dengan satu temu bual khas, susulan kemenangan Anugerah Daesang di ‘2023 Blue Dragon Awards’.

Ketika sesi temu bual, pelakon wanita itu ada berkongsi antara adegan kegemarannya dalam “The Glory”. Dia berkata,

Terlalu banyak, saya tidak tahu. Mungkin kerana saya tahu kesakitan Dong-eun, ia menyeronokkan semasa merakam babak apabila dia bertemu dengan pembulinya satu demi satu dan memberi amaran kepada mereka.

Memandangkan bahagian 1 dan 2 drama itu telah mendapat sambutan hebat, Song Hye-kyo juga turut menjawab kemungkinan sama ada “The Glory” akan menemui penonton dengan bahagian ke-3. Kongsinya,

Kami sering bergurau sesama sendiri dengan berkata ‘Jika bahagian 1 dan 2 berjaya, jom kita lakukan bahagian 3’.

song hyekyo the glory

Sambung wanita itu lagi,

Tetapi Lee Do-hyun akan menyertai khidmat tentera tak lama lagi. Bila dia dah keluar dari tentera, umur saya akan terlalu tua. Tetapi saya mahu lakukan bahagian 3 jika pasukan ‘The Glory’ ini bersama-sama lagi.

Seronok juga kan kalau ada bahagian 3?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...