Ikuti Kami:

“Banyak Detik Sukar..” – Dah 27 Tahun Berlakon, Song Hyekyo Akui Pernah Terfikir Untuk ‘Give Up’

“Banyak Detik Sukar..” – Dah 27 Tahun Berlakon, Song Hyekyo Akui Pernah Terfikir Untuk ‘Give Up’

Makin berusia, makin cantik pula Song Hye-kyo ni kan?

Baru-baru ini, Song Hye-kyo telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Harper’s Bazaar Hong Kong.

Ketika sesi temu bual, pelakon wanita itu berkongsi sama ada dia lebih suka berambut panjang atau pendek. Jelasnya,

Saya suka kedua-dua rambut panjang dan pendek, tetapi baru-baru ini saya rasa rambut pendek lebih sesuai dengan saya. Setiap kali saya berlakon, perkara yang paling penting adalah lakonan tetapi saya percaya gaya watak juga penting. Jadi, saya cuba mengubah penampilan saya mengikut watak.

Sudah lebih 27 tahun terlibat dalam dunia lakonan, Song Hye-kyo turut mengaku bahawa ianya bukanlah sesuatu yang mudah. Dia berkongsi,

Saya telah melalui banyak detik sukar dalam kerjaya saya dan juga pernah berfikir untuk menyerah tetapi, saya percaya saya boleh melakukannya.

song hyekyo

Tambah pelakon “The Glory” itu lagi,

Penonton menghantar tenaga positif yang mendorong saya untuk bekerja lebih keras.

Agak-agaknya, lepas ni Song Hye-kyo akan berlakon drama genre apa pula?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...